GURU SPBT

SENARAI TUGAS GURU SPBT

far

 
Pn. Farizon Wakiman  

Mengedarkan Borang:-( TIDAK BERKAITAN LAGI )

  1. Borang SPBT 1 kepada semua murid melalui guru-guru tingkatan.
  2. Memungut balik Borang SPBT 1 dari guru tingkatan.
  3. Menyemak tiap-tiap helai borang itu bagi mempastikan yang ia telah diisi dengan betul oleh murid-murid.
  4. Mengasingkan Borang SPBT 1 murid-murid yang layak dengan yang tidak layak mendapat pinjaman.
  5. Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan pada maklumat yang diberi dalam borang itu.
  6. Menyerahkan Borang SPBT 1 kepada Jawatankuasa Buku Teks untuk pengesahan.
  7. Mengedar Borang SPBT 1A kepada murid-murid yang tidak layak dan kepada murid-murid yang ibu bapa/ penjaganya tidak mahu mendapat pinjaman buku teks – kemudahan memungut kembali dan melekatkan bersama-sama Borang SPBT 1 nya.

Memesan Buku-buku:-

  1. draf nama-nama buku teks yang akan digunakan pada tahun hadapan bagi tiap-tiap tingkatan dengan menggunakan Borang SPBT 2/ 4R.
  2. Menyediakan Borang SPBT 2/ 4R secara bertaip dalam tiga salinan.
  3. Memindahkan maklumat-maklumat ke dalam Borang SPBT 3/ 5R.
  4. Menghantar salinan asal Borang SPBT 2/ 4R dan Borang-borang SPBT 3/ 5R kepada Biro Buku Teks, salinan kedua Borang SPBT 2/ 4R kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan salinan ketiga disimpan di sekolah.
  5. Jika berlaku pertambahan murid-murid secara mendadak terpaksa membuat tempahan tambahan buku teks.

Penerimaan Buku-buku:-

  1. buku-buku untuk mengetahui sama ada bilangannya mencukupi atau tidak sebagaimana tercatit di dalam borang penyerahan.
  2. Meyemak keadaan fizikal dan kualiti buku-buku itu seperti mutu kertas yang digunakan, kesilapan cetak, dan lain-lain.
  3. Menyemak pada Borang Komputer bagi mengesahkan buku-buku yang diterima sama seperti yang dipesan.
  4. Memasukkan ke dalam buku stok.
  5. Menyerahkan invois kepada Pengetua untuk ditandatangani dan menghantar satu salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
  6. Sekolah juga ada menerima buku teks dari sekolah-sekolah lain dan langkah-langkah seperti 1, 3, 4 dan 5 di atas dilakukan.

Memproses Buku-buku:-

  1. semua buku-buku yang diterima. Bagi sebuah buku ada 2 jenis cop digunakan dan dicop sekurang-kurangnya pada 3 tempat ;
  1.  
    1. Bahagian Hadapan helaian pertama.
    2. Bahagian Tengah.
    3. Bahagian Belakang helaian akhir.
  1. Menulis No. Kod dan bilangan siri bagi tiap-tiap buah buku.
  2. Menyimpan buku-buku dengan disusun tiap-tiap jenis mengikut No. Siri.

Membahagi Buku-buku

    1. Memproses kembali Borang SPBT 1 dan 1A bagi mengetahui bilangan murid-murid yang layak dan tak layak menerima buku teks.
    2. Menentukan bilangan siri bagi satu-satu jenis buku untuk satu-satu kelas.
    3. Memberi penerangan kepada guru-guru kelas cara yang betul mengisi Borang G.
    4. Membahagi buku-buku kepada murid-murid yang layak melalui guru-guru kelas.
    5. Mengedarkan Borang G kepada guru-guru kelas untuk dipenuhkan dalan dua salinan.
    6. Memungut satu salinan Borang G – menyemak supaya tidak berlaku kesilapan dan seterusnya menyimpan dalam satu fail khas.

Memungut Kembali Buku-buku :-

  1. tarikh bagi tiap-tiap tingkatan memulangkan buku-buku pinjaman.
  2. Memungut balik buku-buku dilakukan secara berperingkat seperti :

    1. Selepas Peperiksaan PMR.
    2. Selepas Penggal Ketiga.
    3. Selepas Peperiksaan SPM.
  1. Menyerahkan balik Borang C kepada guru kelas supaya ditandatangani oleh murid-murid yang memulangkan buku pinjaman.
  2. Membilang dan menyemak bilangan buku yang dipulangkan sama atau tidak dengan bilangan yang telah diberi pinjaman.
  3. Membali buku-buku baru bagi menggantikan buku-buku yang rosak atau hilang (dari wang yang bayaran oleh murid-murid yang terlibat).
  4. Bila terdapat murid-murid yang berhenti sekolah/ bertukar ke sekolah lain – guru SPBT akan memungut balik buku-buku pinjaman dari murid-murid itu dan mesti menandakan dalam Borang C dan Buku Stok.
  5. Menyimpan tiap-tiap judul buku di tempat yang dikhaskan dengan mengikut urutan No. Siri.
  6. Memastikan murid-murid yang merosakkan buku dengan sengaja atau menghilangkan buku membayar ganti sama ada dengan buku baru atau wang.
  7. Menyenaraikan senarai murid yang tidak menyerahkan balik buku-buku pinjaman dan yang tidak menggantikan/ bayar harga buku berdasarkan Borang C.
  8. Menyediakan surat-surat saiklostail dan menghantar surat kepada ibubapa/ penjaga murid-murid yang tidak memulangkan buku pinjaman.
  9. Menyerahkan senarai nama murid-murid seperti (10) kepada Pengetua di mana Pengetua boleh mengambil berbagai-bagai tindakan seperti :

    1. Keputusan Peperiksaan PMR atau SPM ditahan (bagi yang menduduki peperiksaan).
    2. Menahan murid-murid terlibat dari mendapat pinjaman buku teks bagi tahun hadapan bagi murid-murid yang tidak menduduki peperiksaan.

Mengawasi dan menjaga keselamatan buku :-

  1. memastikan semua murid menjaga buku dengan baik, pemeriksaan mengejut perlu dibuat dari semasa ke semasa.
  2. Pemeriksaan ini perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  3. Memberi penerangan semasa perhimpunan umum dari masa ke semasa supaya murid-murid menjaga dan menggunakan buku teks dengan baik.
  4. Buku-buku yang disimpan di dalam bilik buku teks mesti dibersihkan dari habuk, debu dan sarang labah-labah dan dijaga sepanjang masa daripada dibinasakan oleh tikus, anai-anai, air hujan, banjir dan kecurian.
  5. Pengawasan penggunaan buku dalam bilik darjah dilakukan oleh guru SPBT.

Surat menyurat :-

  1. Pekeliling dan soal-selidik dari BBT/ JPN untuk diteliti dan diambil tindakan.
  2. Menjawab soal-selidik/ pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh BBT/ JPN ini termasuk juga menyemak ‘Komputer Print Out’ yang dihantar oleh Biro Buku Teks.
  3. Menyediakan Senarai Buku Teks Kegunaan Sekolah :-

Menyediakan senarai nama buku-buku teks bagi semua tingkatan yang akan digunakan oleh sekolan – buku yang dibekalkan oleh pihak BBT – dengan berpandukan senarai nama buku teks yang diperakukan oleh Biro Buku Teks.

 

Mencetak – kemudian dibahagi kepada semua murid, pada pertengahan Penggal Ketiga.

 

Pada awal Penggal Pertama guru SPBT juga mengedarkan senarai buku teks ini kepada semua guru dan murid-murid yang baru masuk ke sekolah.

 

Menghantar satu salinan senarai buku bagi tiap-tiap tingkatan ke Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Menjaga Buku Stok, Borang-borang dan Fail-fail.

  1. Stok mesti berada dalam keadaan kemas kini.
  2. Satu Buku Stok digunakan bagi satu tingkatan. Juga Buku Stok skim pinjaman tambahan. Oleh kerana sentiasa berlaku murid keluar/ masuk, maklumat dalam Buku Stok sentiasa berubah.
  3. Bila berlaku murid pindah sekolah – guru SPBT mesti mendapatkan Borang SPBT murid berkenaan.
  4. Segala borang-borang dan fail-fail mesti dijaga dengan selamat sepanjang masa dan berada dalam keadaan kemaskini.
  5. Terdapat beberapa fail yang perlu dijaga sepanjang masa, seperti fail invois, pekeliling dari Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan Negeri, surat menyurat dengan BBT/ JPN, Borang C dan fail mengenai buku pinjaman tambahan.

Kerja Pengagihan :

  1. buku-buku yang lebih dan mengikatnya mengikut jumlah yang ditetapkan.
  2. Menghantar buku-buku itu ke sekolah yang telah ditetapkan iaitu secara tangan kalau dekat dan secara pos kalau jauh.
  3. Menyediakan borang –borang untuk ditandatangani oleh sekolah-sekolah penerima.

Membaiki Buku Rosak :

  1. kulit baru.
  2. Membuat Binding.
  3. Menampal dengan salutip, muka surat yang rosak dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Menilai Buku Teks :

  1. jenis-jenis buku yang diperakukan oleh BBT.
  2. Mengesyorkan kepada Guru Besar supaya membeli satu/ dua naskah bagi tiap-tiap judul buku.
  3. Mengemukakan kepada panatia matapelajaran yang berkenaan untuk memilih sebuah buku yang sesuai untuk sekolah.
  4. Mengemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Buku Teks syor Panatia matapelajaran bagi mendapatkan keputusan muktamad.

Menghapus kira Buku Teks :

  1. jumlah tiap-tiap buku yang hendak dihapuskira.
  2. Menunjukkan kepada Jawatankuasa untuk disemak.
  3. Mengisi Borang C dalam 7 salinan – di mana 6 salinan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya.
  4. Selepas mendapat keputusan dari pihak berkenaan (BBT dan JPN) Borang E pula diisi dalam 5 salinan – 4 salinan dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Lain-lain

  1. menyimpan dan meminjamkan katalog-katalog dan naskah-naskah contoh buku-buku teks kepada guru-guru kanan subjek untuk dikaji sebelum membuat sebarang penilaian.
  2. Memproses cadangan menukar buku-buku teks untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
  3. Membuat laporan pembahagian dan pemulangan buku-buku teks untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
  4. Menyediakan peraturan-peraturan & penggunaan buku teks skim pinjaman untuk murid-murid.
  5. Lain-lain tugas yang berhubung dengan buku teks sepertimana yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.